"org yg meminta-minta kepada ALLAH tidak akan menyesal"
Pagi td aku dgr radio ikim online..yela nk dgr ikut radio,xsmpai de..jauh sgt frekuensi dia.so pagi tadi aku dgr ustaz ni bagi cerita iktibar..satu cerita mengenai seorang wanita yg sentiasa mencari rezeki dgn menjual tempe (sodap ekh kalo dpt tempe goreng...;))..oooo..ckup2.smbung cerita please..
Dikatakan ada wanita tua ni ialah seorang yg sgt warak,dan sangat yakin dan tahu mngenai rezeki yg dianugerahkan oleh ALLAH..wanita ni sentiasa gigih dan sabar dlm menjual tempe..dari proses nk membuat tempe,sampaila ke menjual di pasar.Pada suatu hari,semasa mmbuat tempe tersebut,dia perasan tempe tersebut lmbat matang,proses yg dibuat tetap sama tetapi anehnya tempe tersebut tidak juga matang..Wanita tersebut terus berdoa kepada ALLAH,supaya tempe yg sedang dibuat ini matang..kerana dia yakin ALLAH akan membantu dia jika dia berdoa.Ditunggu lama sedikit supaya tempe ini matang..tidak juga matang..wanita ini berasa sedikit kecewa dan menyangka bahawa dia tidak berdoa dgn bersungguh-sungguh dan tidak begitu spesifik dlm doa dia td.maka,wanita ini berdoa lagi dan dia bertawakkal dgn membawa tempe yg tidak matang ini ke pasar.Dia berharap supaya dalam perjalanannya,tempe dia akan matang.
Sampai shj di pasar,dia membuka bakul tempe dan dia berasa sgt hampa kerana tempe dia tu masih tidak matang.Wanita ini terus mengeluarkan tempe yg tidak matang ini untuk dijual.namun tempe wanita tersebut tidak dibeli oleh sesiapa pun..yela,tempe tidak matang..sape nk beli kan...wanita ini berasa sgt kecewa melihat peniaga2 disekitarnya sudah pun siap menjual tempe..terdetik dihatinya ALLAH tidak adil kerana dia sudah berusaha dan ALLAH tidak memakbulkan doa dia td.Dan dia segera memikirkan ape lah yg harus dia buat lagi kerana dia tidak mampu menjual tempe yg tidak matang ini dan dia tidak akan mempunyai ape2 untuk dimakan mlm itu.
Walau dlm keadaan yg hampa tersebut,dia tiba2 tersedar yg dia sudah pun bersangka buruk kepada ALLAH dan segera memohon ampun dan segera berdoa kepada ALLAH supaya diampunkan dosanya.
Setelah peniaga lain hampir mengemaskan barang2 jualan,datang seorang pembeli wanita menghampiri peniaga lain dan mencari tempe yg tidak matang.Wanita tersebut terdgr dan terus meneriak kepada wanita tersebut..'saya ade tempe tidak matang....' pembeli wanita tersebut terus mmborong kesemua tempe tidak matang tu..Sambil memasukkan kesemua tempe itu ke dlm plastik,wanita tua ini bertnya kepada wanita muda itu..mengapakah dia hendak mmbeli tempe tidak matang?
Wanita muda tersebut mengatakan bahawa dia mahu menghantar tempe yg tidak matang itu kepada anaknya yg berada di luar negara.Ini supaya tempe itu akan matang semasa anak beliau menerima dan bole terus makan tempe tersebut.Wanita tua tersebut berasa malu dan segera bersyukur dan terus memohon ampun kepada ALLAH S.W.T..
maka,the moral of the story are:
1.Rezeki ALLAH ini ialah rahsiaNYA dan kita tidak akan mengetahui bagaimana cara rezeki yg akan ALLAH beri.
2.walaupun wanita tersebut seorang warak,beliau juga akan diduga dgn cabaran untuk menguji kesabaran beliau.
3.Jgnlah kita berburuk sangka dgn ALLAH.ALLAH lebih mengetahui ape yg kita tidak tahu.contohnya dlm cerita diatas...wanita tua itu tidak tahu bahawa ada org yg akan membeli tempe tidak matang..Jika tempe yg akan dijual itu tetap matang,pastinya dia terpaksa bersaing dgn peniaga2 lain unutk menjual tempe..dan tidak semestinya tempe tersebut akan terjual kesemuanya.
4.Insyaallah,dgn usaha yg gigih,doa yg ikhlas,rezeki dari keadaan yg disangka-sangka akan kita peroleh.
"sesungguhnya ALLAH itu maha adil kepada hamba2nya"
ana momoe:)